Isu-isu rumah tangga melibatkan perundangan memanggil kami Zaid Aziz Associates iaitu Peguam Syarie Selangor , Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk tampil kehadapan membantu. Perundangan Syariah adalah kepakaran kami.

Jika ikutkan statistik kes Syariah di Malaysia, ianya melibatkan jumlah yang besar sehingga 7944 kes. Kes ini pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Kes Faraid, Kes MAL , Kes Jenayah dan Kes Rayuan.
Tidak dinafikan ramai di luar sana terutama umat Melayu Islam di Malaysia yang masih tidak tahu apa mengenai hukum Syariah yang ada di Malaysia.
Kami sebagai Peguam Syarie Selangor ingin berkongsi secara ringkas dan padat apakah itu Kes Faraid, Kes MAL , Kes Jenayah dan Kes Rayuan.
4 Kes Popular Peguam Syarie Selangor – Kes Faraid, MAL , Jenayah dan Rayuan.
#1 Kes Popular Peguam Syarie Selangor – Kes Faraid
Apakah yang dimaksudkan dengan Faraid?
Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).
Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

BAGAIMANA PEGUAM SYARIE SELANGOR MENILAI CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.
Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.
1.2.2.1 ASABAH BINAFSIH
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.
ASABAH BIL GHOIR
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.
ASABAH MAAL GHOIR
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).
DHAWIL-ARHAM
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.
HIJAB NUQSHON
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.
HIJAB HIRMAN
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
#2 Kes Popular Peguam Syarie Selangor – Kes MAL
Terdapat 2 jenis kategori pendaftaran kes MAL yang menjadi kebiasaan buat kami Peguam Syarie Selangor uruskan. Antara Kes MAL yang boleh dibuat di Mahkamah Syariah iaitu:
1. Kes Tuntutan
2. Kes Permohonan.
Kes Tuntutan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN.
Kes Permohonan ialah tiap-tiap tindakan atau prosiding kes mal yang dimulakan dengan NOTIS PERMOHONAN berserta AFIDAVIT SOKONGAN.
Berikut adalah kategori jenis kes :-


PENGURUSAN KES MAL
Kes Mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain.
PROSES PENGURUSAN
Proses utama pengurusan kes Mal akan bermula apabila pelanggan datang ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah Syariah untuk mendaftarkan kes.
Serentak dengan penerimaan pendaftaran, penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman dan sebagainya. Kemudian kes disebut pada hari yang telah ditetapkan.
Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada hari-hari sebutan yang terdahulu.
Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan, Mahkamah akan menguruskan pula perintah-perintah Mahkamah. Perintah akan diserahkan kepada pihak-pihak yang terlibat untuk tindakan pelaksanaan dan penguatkuasaan.
Akhirnya, Mahkamah juga akan menerima apa-apa rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan yang telah diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.
Secara ringkasnya proses utama ini boleh dirujuk kepada Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal dan Jenayah.

#3 Kes Popular Peguam Syarie Selangor – Kes Jenayah

Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah dikurniakan’ oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.
Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.
Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia, kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat:
Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah
1. Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri.
2. Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan
3. Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.
Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah.
Sehubungan dengan ini, Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu, iaitu:
Kategori Jenayah Syariah yang kami Peguam Syarie Selangor dapat gariskan.

1. Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu dan takfir.
2. Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa, ingkar perintah mahkamah, berjudi, minum arak dan minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan Ramadan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat atau fitrah.
3. Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam.
4. Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri, menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, qazaf (menuduh zina), mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal.
#4 Kes Popular Peguam Syarie Selangor – Kes Rayuan
Mengikut garis panduan yang kami , Peguam Syarie Selangor amalkan , sesuatu rayuan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah di atas mana-mana keputusan Mahkamah Tinggi Syariah:

(a) dalam bidangkuasa jenayah:
(i) oleh seorang yang disabitkan dan dihukum penjara atau denda, rayuan itu boleh dibuat terhadap sabitan atau hukuman atau kedua-duanya sekali;
(ii) oleh seseorang yang menjalankan dakwaan rayuan itu bolehlah dibuat terhadap hukuman atau perintah pembebasan atau pembuangan kes pendakwaan atau kedua-duanya sekali.
(b) dalam bidangkuasa sivilnya:
(i) oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu;
(ii) dalam segala kes berkenaan dengan mana-mana keputusan mengenai taraf diri oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan keputusan itu;
(iii) dalam segala kes berhubung dengan nafkah orang-orang tanggungan, oleh mana-mana orang yang terkilan atau tidak puashati dengan hukuman, perintah atau keputusan:
Dengan syarat bahawa tiada rayuan yang demikian boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan yang dibuat dengan persetujuan.
(c) dalam apa-apa kes yang ada diperuntukan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini
(d) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah memberi kebenaran untuk merayu.
Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota, seorang daripada mereka hendaklah Ketua Hakim Syarie yang akan menjadi Pengerusi dan dua orang anggota lain yang terdiri dari suatu panel yang mengandungi sekurang-kurangnya lima orang yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dengan surat perlantikan yang ditandatangani olehnya dan dimeteri dengan Mohornya.
Apabila seseorang merayu terhadap sesuatu keputusan mana-mana Mahkamah atau memohon kebenaran untuk merayu mengikut peruntukan-peruntukan seksyen kecil (1) (d), maka Mahkamah hendaklah mendengar rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu itu.
Di atas sesuatu rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah boleh:
(a) dalam sesuatu perkara jenayah, membatalkan sabitan, mengenepikan, mengurangkan, mengesahkan atau menambah hukuman, menolak rayuan, atau memerintahkan perbicaraan semula diadakan, atau menyabitkan yang dituduh dan menghukumnya mengikut undang-undang.
(b) dalam sesuatu perkara sivil, mengesahkan, mengakaskan atau mengubahkan hukuman, perintah atau keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana dijalankan oleh Mahkamah pembicaraan membuat apa-apa perintah sebagaimana dibuat oleh Mahkamah permbicaraan atau memerintahkan perbicaraan semula diadakan.
(5) Tiada rayuan boleh dibenarkan atau perbicaraan semula boleh diperintahkan atas alasan luar atuaran acara atau salah penerimaan keterangan melainkan telah menyebabkan tiada keadilan.
(6) Apabila sesuatu rayuan dibuat atau sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu dikemukakan kepada Mahkamah, rayuan atau permohonan untuk kebenaran merayu itu hendaklah dibuat dengan memberi atau mengfailkan notis atau rayuan yang berkenaan itu, dalam tempoh empat belas hari selepas berlakunya perbuatan, ketinggalan, hukuman, perintah, dikri atau keputusan rayuan itu dibuat, atau mengenai dengan permohonan untuk kebenaran merayu tidak tahu menahu pada masa kejadian itu dan tidak mungkin dengan melakukan usaha yang menasabah tahu kejadian itu dalam tempoh empat belas hari selepas perbuatan, ketinggalan, hukuman, perintah, dikri atau keputusan itu sampai kepada pengetahuan pihak merayu itu;
Dengan syarat bahawa Mahkamah Rayuan Syariah apabila mendengar sesuatu permohonan untuk kebenaran merayu, boleh, atas alasan-alasan khas yang mana hendaklah termasuk penzahiran perkara atau keterangan baru dan penting, melanjutkan masa untuk merayu, walau pun tempoh masa untuk berbuat demikian tamat.
(7) Rayuan hendaklah didengar dalam Mahkamah terbuka dan diputuskan mengikut pendapat bilangan terbanyak anggota-anggota Mahkamah Rayuan Syariah itu. Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah menyediakan satu sijil ditandatangani oleh Pengerusi menyatakan alasan-alasan bagi keputusan itu. Satu salinan sijil itu hendaklah diberikan kepada Mahkamah pembicaraan itu.
(8) Rayuan di bawah Enakmen ini tidak boleh berkuasa sebagai menggantungkan perintah itu kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya.
Apabila sesuatu perintah itu tergantung Mahkamah boleh mengenakan syarat-syarat yang difikirkan patut.
Tiada apa-apa rayuan boleh dibuat terhadap sesuatu keputusan Mahkamah Rayuan Syariah, kecuali apabila Mahkamah Rayuan Syariah berpuashati bahawa perkara atau keterangan baru dan penting telah zahir maka dengan ampuni perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kes itu bolehlah ditimbangkan semula oleh Mahkamah Rayuan Syariah.
Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah bolehlah bagi maksud menentukan benar, sah atau betulnya mana-mana keputusan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau diluluskan oleh mana-mana Mahkamah yang dirayukan itu sama ada dalam kes jenayah atau sivil, atau betulnya mana-mana pembicaraan Mahkamah itu, meminta mana-mana rekod Mahkamah berkenaan.
Kesimpulan
Kini anda telah ketahui empat kes Syariah yang popular di Malaysia iaitu Kes Faraid, Kes MAL, Kes Jenayah dan Kes MAL. Sebagai umat Islam khususnya yang berada di Malaysia, kami Peguam Syarie Selangor sedaya upaya ingin membantu anda lebih cakna dan tahu akan perundangan Islam yang adil lagi saksama.
Kami juga membantu anda samada suami mahupun isteri mahupun anak-anak yang perlukan bantuan dalam kes perundangan Syariah Islam. Mencari yang halal itu dituntut. Mencari harta yang halal juga adalah jihad yang dituntut agama.
Jika anda perlukan khidmat bantuan perundangan Syariah, samada Peguam Syarie Selangor, Peguam Syarie Putrajaya ataupun Peguam Syarie Kuala Lumpur, boleh hubungi kami di sini.